Wednesday, November 5, 2008

“MY JAMMIN KETINGGALAN ZAMAN??—JANGAN BUAT SWEEPING STATEMENT”



Myjammin 1 Awang BPR & Co
Artist : Awang BPR, Nash, Baggio, Zack Kool
Memperkenalkan artis baru : Marinatasha, Kaca Band
Featuring dramatis ozlynn watie.
Penerbit Eksekutif : Amirnuddin Kamarudin
Penerbit : Awang BPR
Terbitan Datacrest Production & Publication Sdn Bhd
Edaran : Musicland Incitech Sdn Bhd

"SEBAIK trek pertama album Awang BPR & Co ini diputarkan, seorang teman sekerja menjerit seraya bertanya, lagu apa yang sedang saya dengar dengan reaksi wajah kurang senang.

Hakikatnya bukan dia seorang saja berasa begitu tetapi hampir semua yang mendengarkan album ini memberikan pendapat sama.

Bukan mahu memandang rendah atau menidakkan usaha dilakukan bekas anggota kumpulan Bumiputra Rockers, Norzaini Mohd atau Awang atas usahanya kembali aktif mencipta lagu.

Kesungguhannya jelas dilihat apabila Awang turut menampilkan beberapa orang lama seperti bekas penyanyi utama kumpulan Damasutra, Baggio dan Lefthanded, Nash menjayakan album diterbitkan syarikatnya sendiri Datacrest Production and Publication Sdn Bhd.

Bagaimanapun selepas mendengar keseluruhan lagu diketengahkan dalam album Awang BPR & Co ternyata ia banyak kekurangan bermula dari pemilihan lagu, lirik sehinggalah kepada susunan lagu dan produksi pembikinan.

Melodinya sangat ketinggalan dan sentuhan lagu dihasilkan Awang masih dipengaruhi irama zaman 80-an. Begitu juga dengan kebanyakan lirik didendangkan tidak mengangkat irama diketengahkan.

Industri muzik sama seperti telekomunikasi mahupun fesyen sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Kebanyakan lagu diketengahkan dalam album ini susah untuk diterima pendengar sekarang, apatah lagi produksi pembikinannya sangat rendah dan begitu longgar.

Sekiranya melodi dihasilkan Awang ini disusun kembali mereka yang lebih berpengalaman dalam teknologi pembikinan muzik terkini, pasti ia mampu memikat pendengar.

Kerana itu kolaborasi pencipta lama dengan penggiat industri muzik muda sangat digalakkan agar hasil penciptaan dapat diperbaiki dan tidak dilakukan dengan sia-sia atau untuk keseronokan sendiri semata-mata." petikan dari Rep Harian Metro



Satu perkara yang paling membahayakan dan ‘berlengas’ yang boleh dilakukan oleh seorang reporter ialah membuat ‘sweeping statement’ ataupun satu kenyataan menyeluruh yang dihasilkan dari pemikiran peribadi dan berteraskan emosi semata mata.
Seorang reporter seharusnya beretika dan meletakkan emosi di bawah garis pemikiran yang matang sebelum memberikan sesuatu komen kerana sekiranya seseorang reporter itu meletakkan emosi dan perasaan di atas garis pemikiran matang maka akan ujudlah kenyataan-kenyataan seperti berikut:

SEBAIK trek pertama album Awang BPR & Co ini diputarkan, seorang teman sekerja menjerit seraya bertanya, lagu apa yang sedang saya dengar dengan reaksi wajah kurang senang.
Hakikatnya bukan dia seorang saja berasa begitu tetapi hampir semua yang mendengarkan album ini memberikan pendapat sama.

Inilah yang saya maksudkan dengan ‘sweeping statement’—oleh kerana ‘seorang teman sekerja’ kurang menyenangi sesuatu genre lagu maka ‘hampir semua yang mendengarkan album ini memberikan pendapat yang sama.’ Pada andaian saya penulis ini hanya mendengar satu atau dua siaran radio yang banyak menyiarkan cuma segelintir genre musik dan siaran-siaran radio tersebut juga adalah siaran-siaran yang mengangkat tidak sampai separuh dari musik dan artis Malaysia tapi lebih mengagung-agungkan musik dan artis luar tanahair: tidak keterlaluan kalau saya katakan Indonesia.


Ingin juga saya bertanya adakah penulis ini mengenali siapa sebenarnya Norzaini aka Awang BPR—seandainya si penulis tidak arif dengan genre rock dan artis artis sezaman, Awang BPR adalah antara salah seorang pencipta lagu yang paling prolifik di era 80an dan 90an dan sekiranya penulis bersifat lebih terbuka dia akan menyedari bahawa terdapat beberapa siaran radio di Malaysia seperti sinar FM, KLFM malah Klasik Nasional serta siaran-siaran tempatan yang masih menempatkan lagu lagu composer ini di dalam carta putaran lagunya yang teratas. Saya tidak terkejut seandainya Awang mengutip pulangan yang memberangsangkan dari MACP saban tahun kerana masih ramai bukan sahaja ‘rockers tua’ yang galak menyanyikan lagu lagu hitnya seperti ‘ aku hanya serangga’, ‘dari sinar mata’, ‘umpama mimpi dalam mimpi’ serta ‘taman astakona’ juga menjadi bahan lalakan anak-anak muda zaman hip hop dan rap ini.

Kenyataan penulis menunjukkan bahawa dia mengandaikan semua rakyat Malaysia mempunyai penilaian musik dan telinga yang sezaman dengannya. Nampak gayanya si penulis telah menyanggahi statement yang dibuatnya sendiri bahawa: Bukan mahu memandang rendah atau menidakkan usaha dilakukan bekas anggota kumpulan Bumiputra Rockers, Norzaini Mohd atau Awang atas usahanya kembali aktif mencipta lagu. Komposer ‘lama’ ini sebenarnya masih prolific meskipun kelihatan telah ‘berehat’ dari bidang pembikinan lagu. Pada tahun 2006 misalnya lagunya yang bertajuk ‘gema suara hati’ mendapat ranking yang tinggi di KLFM dan Sinar FM. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah seandainya semua pendengar mempunyai citarasa seperti si penulis maka tidak adalah siaran radio seperti KLFM dan Sinar FM.
Bagaimanapun selepas mendengar keseluruhan lagu diketengahkan dalam album Awang BPR & Co ternyata ia banyak kekurangan bermula dari pemilihan lagu, lirik sehinggalah kepada susunan lagu dan produksi pembikinan.
Melodinya sangat ketinggalan dan sentuhan lagu dihasilkan Awang masih dipengaruhi irama zaman 80-an. Begitu juga dengan kebanyakan lirik didendangkan tidak mengangkat irama diketengahkan.

Saya yakin, penulis sebenarnya tidak mendengar sehingga selesai album ini kerana jika itu dilakukan tentu dia akan mengakui bahawa Awang mempunyai misinya yang tersendiri dalam menghasilkan album ini. Pada hakikatnya si penulis tidak sempat mendengar lagu lagu dari composer baru Shawn yang digandingkan dengan penulis lirik Mawar Marzuki.

Composer muda Shawn sebenarnya mempunyai band Indie nya yang tersendiri dan pernah terlibat dalam pembikinan album ‘sub culture’ Dalam My Jammin ini beliau menampilkan 2 buah lagu yang berunsur fusion rock sementara penulis liriknya bukan secara total ‘orang baru’ dalam bidang penulisan kerana beliau adalah seorang penulis puisi serta artikel artikel bercorak kritik social. Lagenda penulis lirik Saari Amri juga bukan calang calang nama yang dijemput untuk menulis khas buat Nash seorang lagi lagenda rock. Sedarkah penulis bahawa irama bercorak rock ballad juga diketengahkan oleh Zack Cool. Saya rasa penulis sebenarnya tidak melakukan ‘homework’ sebelum mengasah pena lantas tulisannya menjadi begitu cetek dan emotional sepertimana tuduhannya bahawa “Kebanyakan lagu diketengahkan dalam album ini susah untuk diterima pendengar sekarang, apatah lagi produksi pembikinannya sangat rendah dan begitu longgar.” Jadi bolehlah saya katakan bahawa “Kebanyakan komen yang diberikan tentang album ini susah untuk diterima akal yang tajam, apatah lagi tulisannya sangat bersifat emosional dan cetek”. My jamming sebenarnya satu cubaan untuk mengeluarkan sebuah album yang variasi dari komposisi dan penyanyinya. Marinatasya sendiri pernah menjadi penyanyi latar kepada Datuk Siti dan adalah tidak difahami apa yang longgar dalam ke dua dasawarsa yang di adaptasikan dari sebuah puisi dengan genre musik latin rock.

Konsep yang cuba dibawa oleh Datacrest dengan gabungan Awang dan Shawn sebenarnya adalah konsep variasi dari penyanyi, genre dan lagu dan sebenarnya konsep ini amat bersesuaian untuk memberikan kepelbagaian dalam rentak serta penyampaian. Sebenarnya album ini boleh berkubur sepertimana album album penyanyi melayu yang lain bukan kerana ianya tidak menarik atau kualitinya rendah tetapi kerana ia di tolak jatuh sebelum sempat bertatih menyebabkan nasibnya sama seperti banyak album album melayu Malaysia yang lainnya—berkubur sebelum sempat membuka mata. Puncanya? Nasionalisme yang sempit—membanggakan yang luar dari memartabatkan yang dalam.
Tambahan pula terdapatnya penulis penulis seperti penulis ini.

Kritik-kritik membina adalah kritik kritik yang akan menghidupkan industri kita. Dalam artikel ini penulis ada mengatakan “Sekiranya melodi dihasilkan Awang ini disusun kembali mereka yang lebih berpengalaman dalam teknologi pembikinan muzik terkini, pasti ia mampu memikat pendengar.” Untuk renungan penulis, ini adalah antara kritik yang sepatutnya diberi untuk meningkatkan industri musik Malaysia—bersifatlah dengan sifat nasionalis sekiranya penulis ingin industri musik Malaysia maju, beri peluang dan cuba highlight kan kebaikan dari menghentam tanpa memberi peluang. Hentikan sifat membuat sweeping statement kerana di dalam dunia ini bukan semua yang tidak baik itu hitam dan semua yang baik itu putih. Hentikanlah menggunakan perkataan perkataan pengukur ‘degree’ seperti ‘susah untuk diterima pendengar’ kerana tidak semua pendengar mempunyai citarasa yang sama. Sebagai seorang penulis—ingatlah tulisan anda boleh menghidupkan dan tulisan anda juga boleh menjadi pembunuh. Jadilah seorang penulis dan seorang nasionalis—belajar menghargai dan memberi peluang kepada orang sendiri dan industri sendiri untuk maju.

# written by Lil'Soljar

Sila layari www.myjammin.com
muat turun lagu mari kod lagu hantar 36600

myjammin Awang BPR & CO


Myjammin 1 Awang BPR & Co
Artist : Awang BPR, Nash, Baggio, Zack Kool
Memperkenalkan artis baru : Marinatasha, Kaca Band
Featuring dramatis ozlynn watie.
Penerbit Eksekutif : Amirnuddin Kamarudin
Penerbit : Awang BPR
Terbitan Datacrest Production & Publication Sdn Bhd
Edaran : Datacrest Production & Publication Sdn Bhd

MYJAMMIN 1 : AWANG BPR & CO
Dengan niat memeriahkan lagi industri musik Malaysia yang tidak bermaya dan tidak bermaya sejak kebelakangan ini, Awang BPR menghasilkan kompilasi myjammin 1 dengan mengumpulkan barisan artis lama dan baru. Ianya menampilkan 80% lagu-lagu ciptaan awang bpr dan memberi peluang kepada composer baru seperti shawn Abdullah sani dan penulis baru mawar marzuki untuk menonjolkan bakat-bakat tersendiri.

Album kompilasi myjammin1 Awang BPR menampilkan artis lama seperti Nash, Baggio, Zack Kool dan memberi laluan kepada penyanyi baru Marinatasha dan kaca band. Ianya juga menampilkan dramatis Ozlynn Watie berduet dengan Zack Kool.

Tujuan utama menerbitkan album kompilasi ini adalah kerana bagi mewarnakan lagi industri muzik Malaysia yang semakin hari semakin hambar. Dengan terhasilnya album kompilasi ianya memberi satu tanda positif dimana industri muzik Malaysia masih boleh bertahan dan akan terus berjaya.
Album kompilasi ini juga adalah untuk mempromosikan artis-artis dibawah naungan Datacrest Pdoduction & Publication Sdn Bhd dan memperkenalkan lagu-lagu baru di industri muzik Malaysia.



Awang BPR nama sebenarnya Norzaini Mohd dilahirkan di kuala Lumpur dah di besarkan di Johor bahru, bersekolah di sekolah dato jaafar dan berhijrah ke kuala Lumpur pada 1985 bersama kumpulan bumiputera rockers(BPR) dan merakamkan album pertama BPR pada tahun 1986 album berjudul selamat pagi malaysia dan seterusnya merakamkan 6 buah album bersama BPR.

Awang BPR juga merupakan seorang composer dan penerbit album. Beliau telah menerbitkan album-album untuk kumpulan seperti Damasutera, Panji, Olan, guys dan banyak lagi antara lagu-lagu hits seperti dari sinar mata (BPR), umpama mimpi didalam mimpi(damansutera), patahnya sayap malam (Massa) dan banyak lagi.

sila layari website myjammin.com
untuk muat turun lagu
sms jarak kod lagu send 36600